Ramai yang pertikai bila konsert tangguh dari tahun 2020, sekali Tomok dan kawan kawan yang lain nekad untuk buat laporan polis

EMPAT penyanyi iaitu Tomok, Hazama, Akim Ahmad dan Black Hanafiah tampil membuat laporan polis bagi melindungi diri susulan penangguhan konsert 4G’s yang sepatutnya berlangsung pada April 2020. Tomok mewakili rakan-rakannya memaklumkan laporan itu dibuat selepas ramai peminat mereka mula bertanya tentang konsert tersebut manakala pihak penganjur masih belum memberi kata putus sama ada persembahan itu diteruskan atau sudah dibatalkan. “Konsert ini sepatutnya berlangsung pada 2020, sudah lama sangat tertangguh dan sampai sekarang belum ada kata putus tarikh baru penganjuran.

“Sejak kebelakangan ini ramai peminat yang sudah bertanya tentang konsert tersebut kerana mereka sudah membeli tiket sejak awal dahulu namun tiada tarikh baru diumumkan. “Jadi sebab itu kami buat laporan ini sebagai pembelaan diri. Pembeli tiket juga boleh buat laporan sekiranya merasakan perlu,” katanya ketika dihubungi pada Khamis. Tomok memberitahu laporan tersebut di buat di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya pada Rabu. Dalam pada itu, Tomok berkata, dia tiada sebarang masalah dengan pihak penganjur dan masih berhubung namun meminta mereka membuat penjelasan sekiranya terdapat sebarang masalah agar pembeli tiket tidak rasa teraniaya.

“Laporan polis yang dibuat bukan untuk salahkan mana-mana pihak. Kami pun masih berhubung dengan penganjur. Jika mahu berjumpa pun, takut nanti mereka masih belum ada keputusan tetap. “Jadi menerusi laporan ini juga kami harapkan mereka dapat beri penjelasan menerusi kenyataan akhbar atau pulangkan duit pembeli sekiranya konsert dibatalkan,” jelasnya. Tambah Tomok masalah yang berlaku ini sedikit sebanyak menjejaskan nama mereka sebagai artis yang akan membuat persembahan. Bagaimanapun Tomok memberitahu dia masih berharap agar konsert tersebut dapat dijalankan kerana gabungan bersama tiga rakan lain adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.

“Kami pula yang kena menjawab dengan peminat sedangkan ini masalah penganjur. Kami tidak boleh memberi sebarang kata putus. Bagaimanapun saya masih berharap konsert ini diteruskan sebab keserasian kami sangat bagus,” jelasnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.