Shahrol Shiro melawat Achey dekat hospital, sekali buah tangan yang dia bawa memang lain dari yang lain

Pelawak kumpulan Bocey iaitu Achey telah dimasukkan ke hospital sejak Selasa lalu kerana mengalami benjolan yang menyebabkan dirinya rasa sakit di bahagian belakang badan.Khabar itu dikongsikan oleh isterinya, Nor Hasanah Yahaya menerusi hantaran di platform TikTok apabila Achey mengadu rasa sakit belakang  selepas seminggu menahan derita. “Dah seminggu dia cakap sakit belakang tapi tak nak cekup. Akhirnya dia tewas jua. Semoga awak kuat ya sayang,” tulisnya. Pun begitu, suri hati Achey yang dikenali Anne meluahkan rasa syukur apabila suaminya kini sudah stabil setelah selesai menjalani operasi tulang belakang.

“Alhamdulillah, dia stabil. Terima kasih pada yang mendoakan dia. Semoga Allah membalas semuanya,”luahnya. Anne juga turut mengucapakan terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang sudi melawat Achey di hospital yang terletak di Batu Pahat, Johor. Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah kehadiran rakan pelawak iaitu Shahrol Shiro membawa buah tangan ‘unik’ sewaktu melawat Achey sehingga menjadi bualan warganet. Hantaran tersebut dimuat naik oleh Shahrol di platform TikTok miliknya yang jelas memaparkan dirinya menghadiahkan buah-buahan ‘dusun’ seperti dua biji nanas, satu papan petai, ubi kayu, jering yang dikatakan menyokong hasil titik peluh peladang. Klik sini untuk lihat video.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi turut mendoakan agar sahabatnya cepat sembuh daripada penyakit selain meminta maaf kerana bergurau senda sepanjang waktu melawat tersebut. “Alhamdulillah, keadaannya semakin baik. Semoga diberi kesihatan yang baik. Maaf Achey, lama tak bergurau dengan awak. Laughter is the best medicine kan,”tulisnya di ruangan kapsyen. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.