Muat naik video menjolok mata, Sophia Albarakbah selamba je pakai baju macam ni tepi pantai

Pelakon jelita Sophia Albarakbah sekali lagi jadi tumpuan warganet apabila kelihatan berpakaian menjolok mata di sebuah pantai. Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu memuat naik video pelakon berusia 29 tahun itu yang dilihat memakai ‘cardigan’ berwarna biru dan terlihat sipi-sipi seluar dalam yang dipakainya. Dalam video tersebut, Sophia dilihat berlari perlahan ke arah pantai dengan kamera yang mengikutinya dari belakang. Klik sini untuk lihat video.

Hal itu meraih perhatian warganet dengan pakaian menjolok mata yang dipakai oleh pelakon drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ tersebut. Video yang menjadi bualan itu meraih 550,000 ribu lebih penonton di TikTok. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sedih melihat Sophia yang bergama Islam memilih untuk berpakaian kurang sopan sebegitu. Selain itu, terdapat juga warganet yang menganggap aktres itu sedang diuji dengan kecantikan yang dimilikinya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsika
n seperti berikut.