Pengarah sensasi, Syamsul Yusof memberi bayangan akan ada berita baik yang merujuk kepada kemelut rumah tangga dengan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana. Menurut Syamsul, 39, dia dan Puteri Sarah sudah cuba mencari kata putus agar kemelut dapat diselesaikan dengan aman pada minggu lalu. Jelas pemilik nama lengkap Mohd Syamsul Mohd Yusof, keutamaan buat mereka berdua adalah anak-anaknya, Syaikul dan Sumayyah.
“Percubaan untuk selesaikan secara baik itu sudah berlangsung dari minggu lepas. Insya-allah ada jalan penyelesaian yang baik. Tapi saya rasa mungkin ada berita yang baik. Tak perlu suspens sebab dah berapa lama dah (kemelut rumah tangga). Saya dan Sarah.. kami fikirkan sesuatu iaitu tentang anak-anak sahaja. Saya tahu insya-Allah hari ini mungkin selesai. Harapan baik-baik sahaja. Harap semua selesai.” Dalam pada itu, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berkata dia agak keletihan kerana sedang sibuk dengan penggambaran filem Original Gangster. “Penat kerja sebab masih menjalani penggambaran Original Gangster.
Terdahulu, tular mengenai dakwaan Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pernah dilepaskan dua kali oleh suaminya. Menurut laporan, terdapat sumber yang mengatakan kedua-dua lafaz talak pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor. Mengimbau semula, pada 18 April lalu, Syamsul dan Puteri Sarah gagal menemui kata sepakat sekaligus proses lafaz talak yang sepatutnya berlangsung pada hari tersebut tertangguh. Antara sebab Syamsul menolak untuk melafaz talak ialah keengganan Puteri Sarah menarik saman terhadap madunya, Ira Kazar dan beberapa ahli keluarga lain.
Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.
Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu berpisah. Sebelum itu, pada 7 Mac lalu, pasangan tersebut diperintahkan oleh mahkamah sama, supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perpisahan mereka. Antara alasan dikemukakan Puteri Sarah selaku plaintif untuk berpisah ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Syamsul pula selaku defendan sebelum ini memaklumkan enggan melepaskan isteri pertamanya kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang terhadap Puteri Sarah. Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Sumber: Ohbulan.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsika
n seperti berikut.