Tak sangka ini yang Sharnaaz Ahmad katakan pada Reen Rahim dalam video tersebut.

Siapa yang tidak mengenali pelakon jelita Reen Rahim atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim yang terkenal dengan drama Pujaan Hati Kanda, 7 Hari Mencintaiku dan banyak lagi.

Reen Rahim merupakan pelakon wanita Malaysia, di mana dia memulakan kerjayanya sebagai pelakon selepas merangkul gelaran juara dalam pertandingan lakonan ‘Pilih Kasih’ musim ketiga. Reen Rahim kini lebih banyak meluangkan masa dengan suaminya selepas mendirikan rumahtangga pada 24 Disember 2022.

Baru-baru ini, Reen Rahim ada memuat naik satu video di laman instagram miliknya yang meraih perhatian ramai. Video tersebut kini meraih 808 ribu jumlah tontonan, 26 ribu tanda suka dan sebanyak 3 ratus komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Reen Rahim sedang diusik dan bergurau dengan suaminya ketika dia berada di dalam kereta. Kata Reen Rahim, dia dan suaminya memang berperangai begitu jika dirumah dan tiada apa yang mahu dihairankan. Rata-rata warganet terhibur selepas melihat video tersebut serta meninggalkan beberapa komen untuknya. Selebriti Sharnaaz Ahmad juga sempat meninggalkan komen pada video tersebut. Apa-apa pun, biasalah sebagai suami isteri bergurau dan mengusik satu sama lain. Semoga Reen Rahim dan suami bahagia hingga jannah.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.