Tengah hangat pasal Baby Shima nak saman, ramai peguam yang nak bantu Pu Syed

Isu saman yang dilayangkan penyanyi kontroversi, Baby Shima terhadap pendakwah bebas, PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri Syed Ishak dan seorang Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor baru-baru ini telah mendapat liputan media. Walau bagaimanapun, PU Syed yang sememangnya lantang di media sosial mengakui tidak gentar dan menganggap apa yang berlaku adalah satu ujian dalam mencegah kemungkaran. Terbaru, memetik laporan dari media sosial, deretan peguam telah menawarkan khidmat nasihat perundangan secara percuma kepada PU Syed  berkait saman fitnah yang difailkan Baby Shima.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Bertindak Peguam dan Intelek Kelantan (PBPIK), Nik Saiful Adli Burhan, beliau memaklumkan yang  nasihat dan khidmat guaman itu disediakan melalui firma guaman Tetuan Irmohizam Rosley & Nik Adli. Tambahnya lagi, pihaknya akan mendapatkan pandangan semua peguam yang sudi menawarkan bantuan berkenaan dan bersedia membantu individu yang ditekan undang-undang ketika menjalankan kerja dakwah. “Akan ada lebih ramai lagi peguam yang akan membantu PU Syed. Mungkin di luar sana ramai yang takut nak menegur ke arah kebaikan jika perbuatan dakwah menjadi suatu pelanggaran undang-undang sama ada di bawah undang-undang sivil atau tort dan saya akan pastikan perkara ini tidak berlaku,” katanya.

Susulan daripada itu, Nik Saiful Adli menyatakan dua lagi peguam berpengalaman dalam mengendalikan kes fitnah turut menawarkan perkhidmatan sama secara percuma kepada pendakwah berkenaan. Untuk rekod, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli telah menfailkan writ saman dan terhadap dua individu yang dinyatakan kerana dipercayai mengeluarkan ucapan kata-kata fitnah terhadapnya. Walau bagaimanapun, setakat ini penyanyi dangdut tersebut enggan mengulas lebih lanjut berkenaan saman terbabit kerana mendapat nasihat daripada peguam.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.