Ada pihak yang pertikaikan pasal kemenangan Abpbh, tak boleh berdiam ini respon selamba dari Sophia Albarakbah

Kemenangan pelakon Sophia Albarakbah dalam kategori Aktres Filem Popular di malam Anugerah Bintang Popular (ABPBH) baru-baru ini dipertikaikan oleh segelintir warganet. Bagaimanapun Sophia tampil menjelaskan kerjaya seni dia sebenarnya bermula dengan filem namun menyedari ketika itu tidak dikenali disebabkan muncul pada waktu PKP. “Ikutkan saya mula dalam bidang seni dengan filem Mimaland… waktu itu betul-betul masih baru dan tak ada ilmu sangat. Waktu itu memang orang tak kenal, saya mula 2019.

“Lepas itu saya ada berlakon filem Jerangkung Dalam Almari, Pasal Aku, Ada Hantu 1 dan Ada Hantu 2. Mungkin kerjaya lakonan saya bermula ketika PKP dan orang tak pergi wayang itu yang tak berapa kenal. Jadi, bila saya mula dengan drama barulah orang kenal saya. Jadi mungkin orang kenal saya berlakon drama dan tak sedar saya bermula dengan filem,” jelas Sophia. Sophia ditemui ketika majlis pelancara koleksi terbaharu jenama NADA, Summer To Remember di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam pada itu, Sophia turut mengakui dia berasa terkilan apabila warganet menganggap kemenangannya itu hanya disebabkan kontroversi yang melibatkan namanya sebelum ini.

“Mulut orang akan bercakap, sudah tentu saya ada terasa sikit la sebab saya kerja keras dalam industri ni dan menghasilkan karya. Tapi orang yang tak tahu hasil kerja kita. Mereka main cakap saja, tapi mungkin itu hanya beberapa peratus saja sebab saya boleh buktikan, saya menang hasil daripada undian peminat. “Maksudnya, lagi ramai orang kenal saya daripada mereka yang berkata-kata. Kalau tak ada orang kenal, mesti tak ada siapa undi saya… jadi mestilah peminat,”ujarnya.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.