Ada pendakwah yang tegur pasal fesyen pelik, ini pula respon dari Aina Abdul

Baru-baru ini, seorang pendakwah bebas Dr Kamilin Jamilin menegur penampilan segelintir selebriti yang gemar menggayakan pakaian pelik atau ‘aneh’ ketika menghadiri sesebuah acara. Kamilin menerusi sepotong video menjelaskan, pakaian yang pelik atau ‘aneh’ sebenarnya dilarang dalam Islam meskipun menutup aurat dan ia dikategorikan sebagai Libas al-Syurah (pelik sehingga mengundang perhatian). Walaupun Kamilin tidak menyebut nama mana-mana selebriti, namun rata-rata wargamaya berkata teguran berkenaan ditujukan kepada penyanyi bervokal lantang, Aina Abdul. Hal ini kerana, nama Aina disebut memandangkan dia telah muncul dengan gaya luar biasa ketika acara karpet merah ABPBH 35 pada Jummat lalu.

Sementara itu, Aina menerusi hantaran di Instagram Story mengaku ada melihat video tersebut serta komen-komen yang ditinggalkan kepadanya. Pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani, 30, berkata, dia memandang teguran itu sebagai perkara positif dan berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat terhadapnya. “Selalunya saya jarang sekali nak luah isi hati, saya tahu ia akan berhasil luah di sini (Instagram). Saya terpanggil nak tulis sesuatu. Yup benar saya ada melihat video tersebut, saya baca semua dan telitikan perkara itu.

Saya renungkan setiap teguran yang masuk. Terima kasih kepada semua yang ambil berat, menegur untuk kebaikan dan tinggalkan yang murni,  memberikan mesej dan sokongan. Saya hargai semuanya.” Tambah pemenang Juara Lagu ke-37 (AJL 37) itu, dia akan berusaha perbaiki dirinya selepas ini ke arah yang lebih baik. “Alhamdulillah, saya akan cuba yang lebih baik selepas ini. Untuk masa ini nikmati semuanya, masya-Allah.” Terdahulu, Aina menggayakan busana berbentuk ‘blazer’ gergasi berona merah hati selebar empat kaki sewaktu berjalan di acara karpet merah ABPBH 35.

Selang beberapa minit kemudian, Aina dilihat menukar busana pertama kepada konsep sekuntum bunga mawar merah besar di dada bersama ekor gaun yang meleret. Malam kemuncak ABPBH 35 turut menyaksikan Aina berjaya merangkul dua trofi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Lagu Paling Boom Popular (Terus Hidup). Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.