Baru-baru ini, usahawan kontroversi, Dato’ Seri Aliff Syukri telah memuat naik perkongsian meminta seorang bekas menteri berpangkat Tan Sri untuk membayar hutang bernilai jutaan ringgit. Walaupun tidak mendedahkan siapakah individu tersebut, ramai yang dapat meneka apabila dia menyertakan sekali gambar bekas menteri berkenaan yang telah disamarkan. Memetik laporan daripada Malaysiakini, Tan Sri Dato’ Sri Haji Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir telah tampil mengatakan yang enggan meletakkan diri setaraf usahawan itu apabila menyerahkan segalanya termasuk ‘ugutan’ yang dibuat Aliff kepada peguam.
“I don’t want to go down to their level (saya tak nak turunkan diri ke tahap Aliff Syukri). Sekarang peguam saya sedang uruskan perkara itu,” katanya. Terdahulu, Aliff Syukri yang ketika ini sedang mengerjakan haji di Tanah Suci telah meluahkan rasa kesal kepada seorang individu berprofit tinggi kerana tidak membayar hutang. Ujarnya, sudah empat tahun dia menanti ‘Tan Sri’ berkenaan melangsaikan hutang memandangkan individu tersebut merupakan seorang bilionair. Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu juga turut menyertakan sekali tangkapan layar mesej yang dihantar kepada bekas menteri berkenaan namun langsung tidak diendahkan walaupun sudah dibaca.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.