Muat naik video dengan isteri, Mk dan isteri teruk kena kritik sebab tak pakai tali pinggang keledar

Tak dinafikan, selepas selamat mendirikan rumah tangga pada Jun lalu, nama penyanyi MK atau nama sebenar, Muhammad Hairi Amin Hamdan dan isteri, Siti Hajar semakin mendapat perhatian ramai. MK juga dilihat kerap memuat naik video bersama isterinya di media sosial. Meskipun tidak mempamerkan kemesraan yang keterlaluan, namun ramai warganet akui suka melihat MK dan Siti Hajar yang disifatkan sebagai pasangan romantis. Terbaharu, nama MK dan Siti Hajar kembali menjadi bualan hangat warganet di media sosial selepas salah seorang pengguna Twitter berkongsi semula video pasangan ini yang dilihat berada di dalam kereta tanpa memakai tali pinggang keledar. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi video yang dikongsikan, pelakon dan penyanyi yang berasal dari Sabah ini merekod video isterinya sedang memandu sementara dia berada di bahagian penumpang. Berdasarkan perbualan pasangan ini, kedengaran MK bergurau meminta isterinya memandu dengan cepat kerana sudah terlewat untuk mendirikan solat jumaat dan seterusnya menghadiri mesyuarat. Namun apa yang jadi tumpuan segelintir warganet, apabila melihat pasangan ini tidak mengenakan tali pinggang meskipun berada di atas jalan raya. Mereka sempat menasihati MK dan Siti Hajar supaya lebih peka dan mematuhi peraturan di jalan raya supaya tidak berlakunya perkara yang tidak diingini.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.