Tak cemburu dan percayakan suami, Fazura dedah rupanya masa hamil Fatima ada pelakon yang cuba nak dekat dengan suami dia

Pelakon popular Fazura mendedahkan seorang pelakon wanita pernah cuba mendekati suaminya, Fattah Amin ketika menghamilkan anak sulung mereka Nur Fatima Aisya. Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin berkata, dia seolah-olah menyedari aktres tersebut cuba untuk ‘menyondol’ suaminya namun memilih untuk tidak cepat melatah. “Ada satu kejadian di tayangan filem. Masa tu saya sedang hamil, kat rumah. Memang saya tak pergi sebab masa tu zaman Covid-19 kan, jadi risaulah nak keluar.

Pelakon ni masa tu pun cuba mendekati (Fattah) dan sebagainya. Benda tu disaksikan oleh keluarga saya juga tapi saya tenang. Saya rasa kalau apa pun saya takkan srng suami saya ke apa sebab pada akhirnya, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan,” katanya. Fazura berkata demikian ketika ditemu bual Hlive selepas sidang media program Innovathon di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini. Walau bagaimanapun, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu mengakui tidak cemburu malah meletakkan kepercayaan terhadap suaminya yang juga aktor dalam menjalani kehidupan rumah tangga.

“Saya seorang yang tidak cemburu sebab saya percayakan suami saya. Alhamdulillah, Fattah seorang suami yang baik. Tapi saya tak tanya dia (kejadian tersebut). Orang produksi yang sampaikan pada saya, macam aktres tu nak cuba Fattah. Tapi dia tak layan, tak pernah ada perbincangan dengan suami pun, saya percayakan suami saya. Tapi tulah, nak buat macam mana? Suami kita helok,” ujarnya dalam nada berseloroh. Untuk rekod, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.