Seekor gajah berjalan sendirian menuju ke sebuah pasar raya di Calabria, Itali

Pengguna jalan raya terkejut melihat seekor gajah berjalan sendirian menuju ke arah sebuah pasar raya di Calabria, Itali, lapor akhbar Daily Star semalam. Akhbar tempatan, Il Messaggero melaporkan bahawa gajah itu melarikan diri dari sarkas Moira Orfei minggu lalu.

Video kejadian yang dirakam orang ramai memaparkan gajah itu bergerak perlahan-lahan di jalan SS18 dekat bandar Amantea, selatan Itali menuju ke arah pasar raya Eurospin. Dalam rakaman berasingan, seorang wanita kedengaran ketawa melihat kejadian itu sambil berkata ‘seekor gajah di Eurospin’ dan rakan-rakannya berkata, ia sedang ‘berjalan-jalan’.

Kejadian itu mendapat perhatian orang ramai di Twitter. Bagaimana mereka boleh kehilangan gajah sebesar ini,” komen seorang warganet. Bagaimanapun, Badan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan bahawa kakitangan sarkas itu telah menangkap semula gajah tersebut pada hari yang sama. – Agensi. Kosmo Online PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.