Tuan baru pergi menghadap illahi, kucing Oyen ziarah pusara nampak macam rindu je

Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan seekor kucing ‘oyen’ yang dilihat sedang menziarah pusara arwah tuannya yang baru sahaja pergi menghadap illahi sebulan yang lepas. Apa yang menarik perhatian warganet adalah kucing berkenaan yang dilihat memakai baju pink itu dikenali sebagai Mochi, seolah-olah berkongsi rasa sedih dan rindu kepada tuannya. “Hi abi, Mochi datang jumpa abi sayang. Terubat rindu dia kat abi,” tulisnya di TikTok.

Nur Salsabiha Mohd Sobri Yusoff memberitahu, kucingnya, Mochi sangat rapat kepada arwah suaminya, Mohd Faizul Malik yang telah pergi menghadap illahi pada 16 Mac lalu. Difahamkan, Mohd Faizul merupakan seorang Pegawai Tentera Laut Di-Raja Malaysia telah mengalami kelukaan yang teruk dalam sebuah tragedi sehari sebelum pemergian dia. Video yang dimuat naik oleh Salsabiha ketika dia menziarahi pusara suaminya itu telah mendapat lebih 200,000 jumlah tontonan serta 31,000 tanda suka di TikTok pada masa artikel ini ditulis. Klik sini untuk lihat video.

Menurut Salsabiha, Mochi dan arwah suaminya mempunyai hubungan yang sangat rapat kerana arwah selalu melayan Mochi seperti anaknya sendiri dan sering membahasakan dirinya sebagai abi dan Salsabiha sebagai umi ketika bercakap dengan kucingnya itu.

Salsabiha turut berkongsi bahawa, Mochi kelihatan sedih setelah pemergian arwah suaminya, namun setelah membawa Mochi menziarahi pusara arwah, Mochi kelihatan lebih aktif dan gembira. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak melihat tindakan Mochi di pusara tuannya itu serta ada juga warganet yang berkongsi kisah ahli keluarga mereka bersama haiwan peliharaannya yang seakan-akan Mochi.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.