Rupanya Lelaki ini Jatuh cinta pandang pertama ketika hendak menyamun

Seorang lelaki di Brazil membatalkan niatnya untuk merompak seorang wanita selepas jatuh cinta pandang pertama kepada gadis tersebut ketika melihat gambarnya dalam  telefon bimbit yang dicuri, lapor akhbar New York Post semalam.

Berdasarkan video yang tular di laman Twitter, lelaki tersebut dan wanita yang kini menjadi kekasihnya, Emanuela, berkongsikan kisah cinta mereka yang bermula daripada kejadian rompakan. Saya sedang melalui sebatang jalan apabila dirompak secara tiba-tiba,” kata Emanuela ketika ditemu bual oleh wartawan.

Tambah wanita tersebut, teman lelakinya yang namanya tidak dinyatakan itu kemudian terlihat gambarnya pada telefon bimbit yang dicuri.

Dia memberitahu saya bahawa dia yang sebenarnya menjadi mangsa kecurian (mencuri hati),” katanya. Teman lelaki Emanuela menambah, hatinya berubah secara tiba-tiba ketika mencuri telefon bimbit wanita tersebut selepas melihat gambarnya.

Apabila saya melihat gambarnya pada telefon bimbit, saya berkata kepada diri saya ‘dia gadis berambut coklat yang sangat cantik’. Saya kemudian berasa menyesal mencuri daripadanya,” ujar lelaki itu.

Kedua-dua mereka kemudian berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta sehingga kini, iaitu selama dua tahun. Video tersebut tular dan menerima pelbagai komen daripada warganet. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.