Pakaian Aina Abdul masa dekat ABPBH jadi perhatian warganet, sekali ini pula yang Ustaz ni tegur

Pada Jumaat lepas, telah berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2023) yang mana dihadiri oleh pelbagai artis tak kiralah tua dan muda menggayakan pelbagai fesyen yang menarik di karpet merah. Pun begitu, fesyen yang keterlaluan digayakan golongan artis pada malam tersebut telah mendapat teguran seorang yang dikenali sebagai Ustaz Kamilin Jamilin atau nama sebenarnya, Ustaz Ahmad Kamil Jamilin, seorang pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Klik sini untuk lihat video.

Menerusi video TikTok yang dikongsikannya, ustaz berkenaan dilihat menegur golongan artis termasuklah Aina Abdul (seperti yang ditunjukkan di dalam gambar) yang sering dilihat memakai fesyen yang menonjol dan lain daripada lain. Katanya, pemakaian sebegitu tidak diketahui ramai bahawa ia dilarang dalam Islam walaupun ia tidak mendedahkan aurat langsung. “Pakaian semacam ini tetap salah sebab ia termasuk dalam kategori ‘libas al-syuhrah’ iaitu pakaian pelik yang tersangat mengundang perhatian. Sebab apa? Boleh jadi sebab pembaziran, boleh jadi sebab Islam nak sangat menjaga umatnya daripada sifat riak. Riak ini sifat yang menunjuk-nunjuk, nak bagi orang tengok kita kan?” jelasnya.

Tambahnya, perkara tersebut boleh menghalang seseorang daripada masuk syurga dan balasannya di akhirat pun menurut ustaz ini sangat berat. Ia juga berpandu daripada hadis dari Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah bersabda, “Barangsiapa mengenakan pakaian syuhrah (tampil berbeza) di dunia, nescaya Allah akan mengenakan pakaian kehinaan padanya pada hari kiamat, kemudian membrnya dengan api neraka.” Ustaz Kamilin juga memberi peringatan kepada rakan di dunia artis dan fesyen untuk jauhi daripada memakai design pakaian yang mengundang ke arah pakaian syuhrah.

Katanya lagi, tak semestinya pakaian itu gah dan mewah dikira sebagai syuhrah tetapi jika ia lain daripada orang lain sampai mengundang sensasi dan perhatian disebabkan keanehannya, ia barulah dikira syuhrah. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.