Banyak kali telefon tapi tak dijawab, sekali pergi pejabat tengok tiada pekerja di kaunter Pejabat Air Kelantan

Seorang lelaki dikenali Hanif M. Noor meluahkan rasa kesal dan terkilan terhadap pihak pengurusan Air Kelantan menerusi hantaran dimuat naik di platform Facebook miliknya, hari ini. Hanif berkata, dia tidak menyangka sebaik sahaja mengetahui tiada orang di kaunter pertanyaan dan bayaran di pejabat cawangan Pasir Mas berkenaan selepas berkali-kali menelefon pihak pengurusan terbabit. Dakwanya, pejabat berkenaan masih belum dibuka meskipun jam sudah menunjukkan 9.13 pagi, selain terpaksa menunggu kemunculan staf di kaunter tersebut.

“Patutlah telefon tak diangkat, WhatsApp tak dibalas. Rupanya tiada seorang staf berada di kaunter. Pukul 9.13 pagi masih tutup, padahal waktu kerja bermula pada jam 8 pagi. Saya masuk dan tunggu kira-kira 10 minit, kemudian baru keluar seorang staf. Tetapi, dia (staf) bukanlah orang yang menjaga kaunter. Nak semak maklumat laporan pun tidak boleh, staf jaga kaunter cuti,”ujarnya.

Hanif turut menyertakan beberapa foto bagi menggambarkan situasi berkenaan yang berlaku pada hari Ahad iaitu waktu bekerja. Apa yang lebih mengecewakan Hanif apabila staf yang bertanggungjawab tidak hadir pada hari tersebut dan membiarkan kaunter kosong tanpa dijaga oleh sesiapa. “Boleh ke dia (staf cuti) tinggal kaunter kosong begitu sahaja? Teruk sungguh perkhidmatan. Telefon HQ sebanyak empat kali pun tidak diangkat panggilan. Minta peruntukan sampai RM8 bilion. Kalau seperti ini, layak diberi RM8 berbaloi,”luahnya lagi. Seperti dijangka, hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi di kalangan pengguna Facebook di mana masing-masing meluahkan pandangan dan pendapat peribadi.

Sehingga kini, masih tiada sebarang kenyataan daripada pihak berkenaan mengenai isu tular tersebut. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.