Tular seorang guru dikunci di luar pagar kerana lambat datang sekolah

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi beberapa guru dan staf dikunci di luar pagar selepas mereka terlewat datang ke sekolah, lapor program berita Liputan6 semalam.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @bohay91830, manakala kejadian itu berlaku di Sekolah Vokasional Negeri 4 Bangli, Bali. Berdasarkan rakaman, guru-guru yang terlewat datang ke sekolah pada Isnin lepas itu dihalang memasuki pekarangan sekolah supaya tidak mengganggu perhimpunan pagi.

Guru datang lewat dan pintu pagar sekolah ditutup oleh pelajar semasa acara menaikkan bendera,” demikian menurut kenyataan akaun tersebut.

Kelihatan beberapa pengawas sekolah turut mengawal pintu pagar tersebut. Walaupun mereka terlewat hanya 1 minit, ia direkodkan di dalam buku laporan untuk rujukan pihak sekolah. Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen

Memang perlu dicontohi. Peraturan sekolah bukan sahaja untuk pelajar tetapi semua warga sekolah,” komen seorang netizen. – Agensi. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.