Demi jumpa kekasih, Wanita ini sangup putuskan bekalan elektrik kampung

Seorang gadis dari negeri Bihar, India sanggup memutuskan bekalan kuasa elektrik di seluruh kampungnya berkali-kali supaya dia dapat bertemu dengan teman lelakinya tanpa dilihat sesiapa, lapor laman berita Oddity Central semalam. Penduduk Bettiah, iaitu sebuah perkampungan di daerah Champaran Barat resah selama lebih seminggu kerana gangguan bekalan elektrik luar biasa yang berlaku hampir setiap malam baru-baru ini

Mereka merayu kepada syarikat elektrik untuk membetulkan rangkaian kuasa, namun wakil firma berkenaan melaporkan tiada sebarang masalah terhadap infrastruktur.

Tiada sesiapa yang dapat memahami masalah sebenar keadaan itu sehingga pada suatu malam, apabila sejumlah penduduk berkawal di kampung tersebut. Mereka menangkap satu pasangan muda yang sedang berdua-duaan dalam kegelapan.

Gadis bernama Priti Kumari dan kekasihnya, Rajkumar, dikatakan bertindak demikian demi merahsiakan hubungan mereka. Sebuah video tular di media sosial India menunjukkan Priti cuba mempertahankan Rajkumar ketika penduduk kampung mengancam untuk memukulnya.

Sebilangan daripada mereka membelasah Rajkumar menggunakan kayu tetapi menurut media tempatan, dia berjaya lolos. Akhirnya, untuk mengelakkan keganasan dan gangguan terhadap bekalan elektrik, penduduk kampung memutuskan untuk mengahwinkan pasangan tersebut. – Agensi

Kredit kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.