Sepuluh lokasi ini tersenarai tempat paling panas di dunia, berdasarkan rekod suhu yang disahkan

Sepuluh lokasi ini tersenarai tempat paling panas di dunia, berdasarkan rekod suhu yang disahkan. Suhu di lokasi itu tidak kekal panas melampau sepanjang masa. Namun, rekod di lokasi berkenaan menunjukkan bacaan purata suhu yang tinggi.

Tempat paling panas di dunia adalah Furnace Creek di Death Valley, California (AS), di mana suhu 56.7 darjah Celsius direkodkan pada 10 Julai 1913. Pada bulan musim panas, Death Valley mencatatkan purata suhu harian 45 darjah Celsius. Ia hanyalah suhu udara, dengan haba permukaan jauh lebih tinggi.

Pada 15 Julai 1972, suhu 93.9 darjah Celsius direkodkan di Death Valley, hanya beberapa darjah daripada suhu air mendidih. Suhu lain yang lebih tinggi direkodkan dalam beberapa tahun sejak itu, namun ia tidak disahkan.

Kebili (Tunisia): 55 darjah Celsius Suhu terpanas yang direkodkan di Afrika direkodkan di Kebili, Tunisia, pada 7 Julai 1931 iaitu 55 darjah Celsius. Ia adalah suhu kedua tertinggi yang pernah direkodkan di dunia.

Ahvaz (Iran): 54 darjah Celsius Rekod suhu tertinggi 54 darjah Celsius direkodkan di Ahvaz, Iran, antara 4.51 petang dan 5 petang waktu tempatan pada 29 Jun 2017. Ahvaz yang juga Ibu kota wilayah Khuzestan itu mempunyai penduduk kira-kira 1.3 juta orang.

Tirat Tsvi (Israel): 54 darjah Celsius Pada 21 Jun 1942, Tirat Tsvi di Israel merekodkan suhu tertinggi iaitu 54 darjah Celsius. Terletak berhampiran sempadan Israel-Jordan, Tirat Tsvi terletak di sebelah barat Sungai Jordan. Ia mempunyai populasi hanya 975 penduduk pada 2021.

Mitribah (Kuwait): 53.9 darjah Celsius Suhu kelima tertinggi dunia disahkan oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) dicatatkan di stesen cuaca Mitribah, Kuwait, dengan 53.9 darjah Celsius. Kepanasan luar biasa itu direkodkan pada 21 Julai 2016 dan mewakili rekod tempat terpanas yang disahkan di Asia.

Basra (Iraq): 53.9 darjah Celsius , Timur Tengah adalah bahagian dunia yang panas, dengan beberapa suhu yang memecahkan rekod melebihi 50 darjah Celsius. Basra, Iraq, adalah salah satu lokasi itu dan pernah merekodkan suhu tinggi 53.9 darjah Celsius, pada 22 Julai 2016. Basra terletak di Sungai Shatt al-Arab di Semenanjung Arab dan didiami kira-kira 1.5 juta penduduk.

Turbat (Pakistan): 53.7 darjah Celsius, Lokasi ketujuh paling hangat dunia adalah Turbat, Pakistan, yang mencatat suhu 53.7 darjah Celsius di situ, pada 28 Mei 2017. Turbat dikenali sebagai salah satu bandar terpanas di Asia.

Al Jazeera Border Gate (Emiriah Arab Bersatu/ UAE): 52.1 darjah Celsius, Suhu 52.1 darjah Celsius direkodkan di pintu sempadan Al Jazeera di UAE pada Julai 2002. Suhu seperti itu cenderung bertahan hanya 15 minit.

Mexicali, Mexico: 52 darjah Celsius, Suhu itu direkodkan di Lembah Mexicali, Mexico, pada 28 Julai 1995. Ia menjadikannya suhu kesembilan terpanas yang direkodkan di dunia. Kawasan yang terletak di utara Mexico itu mempunyai salah satu iklim paling ekstrem di Mexico, dengan purata suhu tinggi Julai iaitu 42.2 darjah Celsius dan purata suhu tinggi Januari iaitu 21.1 Celsius.

Jeddah, Arab Saudi: 52 darjah Celsius, Jeddah, Arab Saudi pernah merekodkan suhu 52 darjah Celsius pada 22 Jun 2010. Ia adalah adalah rekod tertinggi untuk wilayah itu, melepasi 51 darjah Celsius yang direkodkan di Al-Asha yang terletak berhampiran, tiga hari sebelumnya. Kredit Berita Harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.