Wanita ini panik sejam akibat tersangkut dalam buaian

Seorang wanita di Britain menanggung malu selepas tersangkut pada buaian kanak-kanak di sebuah taman permainan selama lebih sejam, lapor akhbar Daily Star semalam. Leala Vanbest, 22, dari Southend, Essex sedang bersantai bersama rakan dan seorang anak perempuannya di taman itu apabila dia memutuskan untuk bermain buaian.

Leala bagaimanapun gagal keluar daripada buaian itu selepas menggunakannya selama 10 minit. Dengan bantuan rakan dan penjunjung tidak dikenali, buaian itu masih gagal dilepaskan. Kejadian itu dilaporkan kepada balai bomba berdekatan sebelum empat anggota menaiki jentera lengkap dengan siren dan lampu kecemasan tiba 10 minit kemudian. 

Pasukan itu terpaksa merosakkan buaian tersebut selepas gagal mengeluarkan Leala.  Saya terperangkap selama sejam. Semua orang ketawa dan kemudian jentera bomba tiba. Penduduk sekitar membuka pintu rumah untuk melihat saya. Saya lega kerana berjaya melepaskan diri, namun di sini terdapat ramai kanak-kanak tetapi hanya satu buaian yang tinggal,” katanya. – Agensi

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut