Muat naik gambar Watie masak mi segara, tapi ini pula yang warganet nampak sampai ada yang minta resepi

Pelawak dan penyampai radio popular, Shuib berkongsi hasil masakan isteri tercinta Watie Hanafiah di Instagram miliknya buat tatapan umum. Menerusi kemas kini terbaharu di laman sosial tersebut, Shuib atau nama sebenarnya Muhammad Shahmira memuat naik sekeping foto masakan mi segera yang disediakan oleh Watie. Menurut Shuib, makanan yang disediakan isterinya itu buat mengisi perutnya yang lapar di waktu malam. Dalam pada itu, Watie yang juga usahawan sempat tinggalkan komen di ruangan balas dengan berseloroh mengatakan, dalam pelbagai menu yang dimasak tetapi menu mi segera yang dikongsikan dalam media sosial.

“Haha dalam banyak-banyak yang bini masak, ini jugak yang suami masukkan (muat naik dalam media sosial).  Nampak sangat maggi (jenama mi segera) itu yang terpaling sedap.” Sementara itu, Shuib menerusi satu hantaran di Instagram Story pula dilihat menikmati masakan tersebut sehingga makan dengan ‘licin’. Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji sikap Watie yang sudi melayani kerenah suaminya selain ramai yang terliur dengan masakan berkenaan.

Dalam pada itu, ada juga segelintir wargamaya yang meminta Watie untuk berkongsi resepi masakan tersebut yang dianggap ‘rare’ kerana meletakkan sayur taugeh di dalamnya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.