Pelari Somalia dikritik hebat selepas lariannya dalam acara pecut disifatkan seperti berjoging

Pelari dari Somalia, Nasra Abubakar Ali, yang menerima kecaman ramai selepas berlari dengan amat perlahan ketika menyertai acara pecut 100 meter tampil mempertahankan dirinya dengan mendakwa bahawa kakinya mengalami kecederaan, lapor portal berita Citizen Digital.

Dalam klip video yang tular di media sosial, Nasra dilihat berlari dalam keadaan seperti berjoging ketika bertanding dalam kejohanan Sukan Universiti Dunia di China minggu lalu. Dia menamatkan larian dalam masa 21 saat, hampir dua kali ganda daripada masa dicatatkan juara acara itu, Gabriela Silva Mourao, iaitu 11.58 saat.

Selepas menerima kecaman hebat, Nasra menjelaskan bahawa meskipun kakinya mengalami kecederaan, dia tetap komited untuk menamatkan larian tersebut. Somalia sepatutnya tidak layak untuk memasuki perlumbaan itu, namun saya tetap berlari dalam keadaan kaki yang sakit. Sebaliknya, saya dikritik hebat,” katanya.

Susulan kejadian itu, Kementerian Belia dan Sukan Somalia menggantung tugas Pengerusi Persekutuan Olahraga Somalia, Khadija Aden Dahir selepas dia dituduh melakukan penyalahgunaan kuasa dan nepotisme disebabkan Nasra ialah anak saudaranya. – AGENSI . Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.