Budak OKU berkaki sebelah tamat larian buat ramai sebak

Rata-rata pengguna kagum melihat semangat juang yang ditunjukkan seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) yang menyertai satu acara larian. Ini kerana walaupun mempunyai sebelah kaki dan hanya bertongkat, dia tetap menyertai acara tersebut meskipun kebanyakan peserta kelihatan sempurna.

Menerusi satu klip video yang dikongsi di laman Facebook Malaysia Runners, kelihatan remaja terbabit berlari sambil diiringi seorang wanita. Difahamkan wanita itu adalah guru kepada remaja terbabit.

Lebih membanggakan, remaja tersebut berjaya menghabiskan lariannya dan sampai di garisan meskipun berlari dengan bantuan tongkat dikedua-dua tangannya. Menurut seorang netizen yang berkongsi klip video tersebut dikenali sebagai Muhd Nasrullah Kamal memaklumkan bahawa acara larian itu adalah sempena Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat.

23-25/8 juga berlangsung Kejohanan Olahraga Daerah Hulu Langat. Memang ada acara yang buatkan penonton ‘touching’ (tersentuh). Kami hantar 10 orang murid untuk kejohanan kali ni termasuk seorang masalah penglihatan,” tulisnya. Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen yang positif kepada remaja terbabit.

Adik semangat juang yang tinggi dan semangat kental, terbaik,”ujar Shaharudin Rambo. Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ruza Jajuli. Terbaik, usaha yang bagus, teruskan perjuangan,” katanya.Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.