Alif Syukri ambik Ira Kazar jadi model tudung, sekali ini komen warganet

Baru-baru ini, isteri tercinta pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini menjadi model tudung muslimah keluaran jenama usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman. Usahawan tersebut memuat naik hantaran di InstaStory mempromosi koleksi tudung terbaru yang memperlihatkan Ira Kazar sedang menjalani sesi fotografi di belakang. Ira Kazar bakal muncul sebagai model memperagakan koleksi tudung tersebut yang akan ada di pasaran tidak lama lagi. Klik sini untuk lihat video.

Sementara itu, tangkap layar Live di TikTok, kelihatan Aliff Syukri memuji kebaikan Ira Kazar yang sudi membantunya sambil memberi kata-kata positif. Usahawan tersebut juga berharap agar dapat bekerjasama lagi bersama isteri pelakon tersebut di masa akan datang kerana perwatakannya yang mudah dan disenanginya. Walau bagaimanapun, strategi tersebut mengundang kritikan ramai yang mempersoalkan tindakan Aliff mengambil Ira sebagai model sekali gus dianggap sebagai ‘marketing murahan’.

Untuk info, Ira sah bergelar isteri kepada Syamsul pada 5 Januari lalu selepas pelakon itu sendiri yang berkongsi berita berkenaan menerusi sepotong video di Instagramnya. Susulan itu, Puteri Sarah yang ketika itu masih isteri kepada Syamsul bertindak menfailkan penceraian dan disahkan bercerai pada 14 Jun lalu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.