Dari semalam Abang Tesla teruk kena kritik dengan warganet sebab isu poligami, tak boleh berdiam ini respon dari tuan badan

Sejak semalam, nama pempengaruh media sosial Abang Tesla menjadi topik bualan hangat wargamaya selepas dia mengumumkan telah bernikah sekali lagi. Menurut Abang Tesla, dia menyedari tindakannya berkahwin sekali lagi telah mengundang kritikan warganet sehingga ada yang melemparkan kata-kata kesat terhadapnya. Bagaimanapun jelas Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry, orang ramai tidak faham mengenai maksud sebenar poligami. Katanya, proses poligami telah membuatkan dirinya lebih menghargai sesuatu. Klik sini untuk lihat video.

“Satu Malaysia kritik saya, awak (isteri pertama) tahu kan pasal itu. Saya nak salahkan mereka pun tak boleh. Ramai yang buat poligami tapi ikut jalan yang salah, tak buat dengan betul. Kalau nak ikutkan kritikan dengan sakit hati awak, lagi sakit hati awak. Ramai yang tanya, tak sayang bini ke? Bukan tak sayang, tapi apa yang saya belajar sepanjang proses nak poligami ini, perbetulkan apa yang silap. Ternyata ramai yang tak faham ayat perbetulkan apa yang silap. Apa yang saya nampak di sini, saya lebih menghargai. Kalau dulu saya tak menghargai sesuatu itu.”

Abang Tesla berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran video terbaharu di Instagram miliknya. Bagaimanapun, menerusi tinjauan, video terbabit telah dipadam. Dalam pada itu, Abang Tesla berkata seorang isteri mudah untuk masuk ke dalam syurga sekiranya taat pada Allah dan suami. “Ada yang tanya, kalau sayang kenapa kahwin dua. Saya rasa apa yang ustaz cakap itu sama, isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai. Itu yang saya dapat, bila saya jauh saya rasa benda itu.

Mungkin ramai yang salah tafsir soal poligami, ramai perempuan di luar sana kata tidak adil. Allah itu Maha Adil, perempuan senang masuk syurga, senang masuk neraka. Kenapa senang masuk syurga? Perempuan nak masuk syurga hanya taat pada Allah dan suami. Kenapa senang masuk neraka? Sebab perempuan tidak taat pada Allah dan suami.” Dalam masa sama, Abang Tesla menjelaskan, poligami hendaklah dipandang dari sudut yang positif. Tambah Abang Tesla lagi, disebabkan poligami dirinya bertambah sayang pada isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari.

“Perkara itu orang lain tak faham, mereka hanya kaitkan dengan keinginan semata-mata. Bila pandang poligami dengan indah, kita akan nampak yang indah. Kalau pandang dengan sudut negatif, begitulah yang terjadi di Malaysia, nak cakap pun susah. Kita tak boleh nak tutup mulut orang, tak boleh nak cakap apa-apa. Awak sahaja yang tahu saya macam mana. Saya tahu Allah mampu berbolak balik hati manusia sekelip mata, tapi apa yang saya belajar sekarang ini adalah erti menghargai. Dulu kita berdua pernah rasa berjauhan, daripada situ dah mula belajar. Kalau nak cakap tak sayang itu, sumpah makin sayang.

Saya nak pesan pada orang ramai, jagalah percakapan kita. Sebab kita tidak tahu perkara macam ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Hormatilah dan hargailah isteri, takutlah pada Allah.” Sebelum ini, Abang Tesla mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi. Menurut Abang Tesla, dia telah mendapat restu dari isteri pertamanya dan akui reda. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.