Rupanya pengangkutan adalah punca udara Jakarta paling kotor di dunia

Pemangku Gabenor Jakarta, Heru Budi Hartono mendedahkan bahawa masalah pencemaran akibat pengangkutan menjadi penyumbang terbesar kepada kualiti udara yang kurang baik di Jakarta, lapor laman berita Antara News.

Berdasarkan pengiraan, 50 peratus pencemaran udara berpunca daripada pengangkutan,” kata Heru selepas melakukan pemantauan di Inspektorat Jenderal Kementerian Dalam Negeri di Jakarta Pusat kelmarin.

Data dikeluarkan oleh syarikat teknologi kualiti udara Sweden, IQAir menunjukkan bahawa Jakarta menjadi bandar paling tercemar di dunia selama empat hari minggu ini dan kekal dalam kedudukan 10 bandar dengan pencemaran terburuk sejak Mei lalu.  

Jakarta dan kawasan sekitarnya dengan populasi kira-kira 30 juta penduduk mengatasi bandar-bandar tercemar lain termasuk Riyadh, Doha dan Lahore pada minggu ini selepas  merekodkan paras tidak selamat zarah halus paling berbahaya dinamakan PM2.5.

Sebagai usaha meningkatkan kualiti udara di Jakarta, Heru merayu kepada penduduk Jakarta dan sekitarnya untuk beralih daripada menggunakan kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam seperti KRL, TransJakarta, MRT Jakarta dan LRT Jakarta.Kita menggalakkan pengangkutan awam iaitu kereta api awam, LRT dan lain-lain. Dasar pemerintah kerajaan pusat juga diperlukan untuk mengatasi pencemaran udara Jakarta,” katanya.

Pemerintah Jakarta terus berusaha mengurangkan pencemaran udara termasuk menambah Kawasan Terbuka Hijau (RTH) kawasan yang dipenuhi dengan tumbuhan.

Berdasarkan data yang diterima Heru, kenderaan empat roda meningkat daripada empat juta kepada enam juta sejak 1.5 tahun lalu di Jakarta. Kenderaan dua roda pula meningkat daripada 14 juta kepada 16 Juta dalam tempoh sama. – Agensi. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.