Farid Kamil curi tumpuan apabila kongsi momen menyertai kumpulan jemaah tabligh selepas bercerai

 Selepas rumah tangga yang dibina selama 11 tahun bersama isteri, Diana Danielle berakhir semalam, pelakon Farid Kamil mencuri tumpuan apabila berkongsi momen menyertai kumpulan jemaah tabligh. Menerusi perkongsian yang dimuat naik Farid dalam Instagram miliknya, pelakon berusia 42 tahun itu dilihat sedang ‘bersuluk’ sambil disaksikan beberapa jemaah lain.

Bersuluk merupakan proses mengasingkan diri untuk bertafakur atau menenangkan fikiran bagi mendekatkan diri dengan Allah SWT. Alhamdulillah. Terima kasih semua yang mendoakan. Saya pun doakan kamu semua bahagia di dunia dan akhirat. Kita boleh merancang, kitab oleh usaha. Ketetapan tetap pada yang punya kuasa (Allah),” tulisnya.

Dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari sedang dipakaikan serban oleh seorang ustaz yang dipercayai sebahagian daripada proses bersuluk. Ketika kain serban itu dililitkan di kepalanya, kelihatan bapa kepada dua orang cahaya mata itu tersenyum gembira sambil disaksikan beberapa jemaah lain yang dilakukan di sebuah masjid.

Dalam video yang sama, pelakon filem Remp-It itu juga turut berkongsi gambar bersama kumpulan jemaah tabligh dengan wajahnya berseri-seri. Dalam ruangan komen, ramai pengikutnya mendoakan agar Farid sentiasa istikamah dan tenang berdepan dengan ujian yang menimpanya.

Semoga dipermudahkan dan istikamah. Amin,” ujar seorang pengikutnya. Farid mencari kekuatan dan ketenangan untuk melepaskan. Semoga Farid terus kuat semangat dan mendapat rahmat daripada Allah SWT,” ujar seorang pengguna Instagram.

Apabila kita ditimpa ujian dan dugaan, kita dekatkan diri dengan agama adalah sebaik-baiknya. Semoga dipermudahkan urusan dan dikurniakan lebih kebahagiaan selepas ini,” kata seorang lagi pengikutnya. Semalam, rumah tangga yang dibina Farid bersama Diana akhirnya menemui titik noktah apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Subang Bestari.

Farid yang tidak dapat hadir ke mahkamah atas masalah kesihatan melafazkan cerai terhadap Diana secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet dan didengar oleh Hakim Syarie, Shukran Yusof. Pergolakan rumah tangga pasangan itu mula tercetus selepas aktres itu memfailkan cerai pada 10 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Diana mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk bercerai dengan Farid. Pasangan itu berkahwin pada tahun 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 serta Nur Aurora yang kini berusia lapan tahun.

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.