Datuk Yusof Haslam Sentiasa doakan yang terbaik buat Puteri Sarah

Pengarah dan penerbit popular, Datuk Yusof Haslam menyifatkan tindakan Puteri Sarah Liyana, 38, memberi hadiah baru-baru ini sebagai tanda ingatan tulus ikhlas. Yusof, 69, berkata, beliau dan isterinya, Datin Patimah Ismail yang menerima hadiah berupa kiriman jambangan bunga dan kek itu dengan berbesar hati serta mengucapkan terima kasih kepada Puteri Sarah.

Kami ucapkan terima kasih kepada Puteri Sarah yang sentiasa ingat dengan kami. Tidak kira sekecil mana pun hadiah yang diberikan, hakikatnya kiriman mesej daripadanya saja sudah memadai. Kami sentiasa doakan Puteri Sarah supaya terus tabah dalam melalui liku-liku kehidupan ini dan pandai-pandailah menjaga diri. Kami akan selalu doakan yang terbaik untuknya,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Puteri Sarah yang juga bekas isteri pengarah, Syamsul Yusof, 39, sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun sejak 8 Mac 2014 itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Yusof dalam temubualnya bersama media pernah memaklumkan Puteri Sarah bukan hanya menantu tetapi sudah dianggap anak sendiri. Katanya, dia dan isteri juga reda dengan perpisahan antara Syamsul dan Puteri Sarah.

Baru-baru ini, muncul artikel di Facebook mendakwa Puteri Sarah mengirim jambangan bunga dan kek kepada bekas suaminya, Syamsul sebagai tanda memohon maaf. Namun, pelakon drama Hijrah Jannah itu tampil menjelaskan hadiah berkenaan adalah buat ibu bapa mentuanya yang banyak memberi sokongan dan ada bersama-samanya selama ini.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.