Berkawan rapat sejak purus cinta, Fify Azmi akui Syazwan Zulkifly seorang yang kelakar

PELAKON Syazwan Zulkifly mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan aktres Fify Azmi. Kata Syazwan atau Mohd Syazwan Zulkifly, 38, hubungan mereka mula rapat sekitar Mei lalu selepas sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah drama. “Kami baru nak kawan, baru nak rapat. Dia pun baru lepas putus cinta. Jadi semuanya masih baru lagi. “Saya dah lama kenal Fify, cuma kami rapat selepas berlakon sama. Hari-hari di lokasi dan kami banyak berbual, daripada situlah mula serius,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Sebelum ini Syazwan berkongsi rakaman video dia memujuk Fify di laman Instagram miliknya. Gara-gara video itu ramai peminat mula membuat spekulasi mendakwa pasangan ini sedang bercinta. Meskipun wajah wanita dalam video berkenaan dikaburkan, namun ramai dapat meneka individu itu adalah Fify. Dalam pada itu, Syazwan berkata dia tiada masalah untuk berjumpa atau bekerjasama dengan bekas kekasih Fify yang juga pelakon Nafiez Zaidi. “Saya rapat dengan Fify selepas hubungan mereka putus. Saya pun ada berlakon sama dan hadir acara promosi filem bersama Nafiez. Kami okey sahaja,” ujarnya.

Sementara Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Muhammad Azmi, 33, yang turut bersama Syazwan ketika dihubungi memberitahu dia selesa berkawan dengan aktor itu. “Kami tidak rancang nak bercinta pun, mungkin dah jodoh untuk kami berjumpa dan rapat berdua. “Apabila berada di lokasi dan sama-sama berlakon, saya rasa serasi dengan dia. Selama ini orang kata dia garang, rupa-rupanya Syazwan seorang yang kelakar,” jelasnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.