Sebelum ini, aktor Nafiez Zaidi mengesahkan hubungan cinta dibinanya dengan kekasih yang juga aktres Fify Azmi sejak dua tahun lalu sudah terlerai sejak Aidilfitri lalu. Dalam kenyataan Nafiez sebelum ini, dia menyatakan mereka berdua sudah merancang untuk menghalalkan hubungan pada Disember tahun lalu,namun Fify meminta untuk menangguhkan perkahwinan sehinggalah impian tersebut terkubur. “Ikutkan perancangan asal, kami patutnya bernikah pada Disember tahun lalu. Tapi masa saya tengah jalani penggambaran filem MALBATT di Turki, Fify ada hubungi saya untuk minta tangguh pernikahan kami.
“Masa itu, saya ikutkan sahaja kemahuan dia… tapi sejak itu juga, hubungan kami semakin renggang. Ada banyak perselisihan faham antara kami dan akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah,” katanya. Memetik laporan Kosmo! Online, Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, 33, enggan mengulas lebih lanjut mengenai kenyataan Nafiez mengatakan dirinya menangguh perkahwinann. Tegas Fify, dia serius mengenai perkahwinan sebagaimana sedar akan tanggungjawab besar yang bakal menantinya kelak.
“Saya serius mengenai perkahwinan dan tak mahu mendirikan rumah tangga semata-mata untuk bertukar status sedangkan tanggungjawab yang menanti sangat besar. Selain itu, tiada istilah saya tidak puas ‘enjoy’ hidup solo atau berkait dengan imej menjolok mata dan sebaiknya,”ujarnya. Fify berkata, dia enggan menyalahkan mana-mana pihak termasuk dirinya mengenai perpisahan dengan pelakon filem MALBATT: Misi Bakara dan tidak pernah terbayang untuk melalui fasa putus cinta. Pun begitu, dia percaya dengan segala takdir yang telah diaturkan oleh Tuhan buat dirinya kerana tiada paksaan boleh dibuat sekiranya mereka tidak berjodohan.
“Sejujurnya saya bukan individu yang suka-suka nak putuskan hubungan, semuanya bersebab namun saya tidak sesekali nak buka aib mana-mana pihak walaupun tak jadi kahwin. Buat masa sekarang, lebih baik saya ‘move on’ dan fokus pada kerjaya sahaja. Kalau tiada jodoh, tidak boleh paksa. Biarlah orang nak cakap apa pun, yang tahu mengenai kebenarannya adalah saya dan dia sahaja. Tambah pula saya bukan jenis suka canang kisah peribadi pada orang ramai,” jelasnya. Tambah pelakon filem Wira, dia tetap mendoakan buat bekas kekasihnya untuk masa depan dan tumpang gembira sekiranya bertemu dengan jodoh orang lain.
Jelasnya, hubungan dia dan Nafiez masih baik dan mereka berdua tetap berkawan baik meskipun sudah putus. “Walaupun sudah putus, kami tetap berkawan dan hubungan masih baik. Saya doakan dia temui kebahagian yang diimpikan. Kalau dia bertemu jodoh dengan orang lain, saya tumpang gembira,” ujarnya lagi. Sebelum ini, hubungan mereka berdua dapat dihidu oleh media dan warganet apabila sering menghadiri beberapa acara hiburan dan berkongsi foto berdua dalam platform Instagram sejak 2021.
Malah, Fify juga telah menerima rombongan merisik keluarga Nafiez di Subang Jaya pada Jun 2022. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.