Tiga bulan lepas viral dah berpisah, kali ni tular gambar Datuk Zainal Abidin keluar makan dengan Fyna Jebat

Kira-kira tiga bulan yang lalu, penyanyi wanita, Fyna Jebat dikatakan sudah pun berpisah dengan suaminya iaitu pengendali pasukan bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin selepas perkahwinan mereka mencetuskan kontroversi. Hal tersebut dinyatakan oleh saudara terdekat mereka melalui laporan akhbar selepas anak kepada Datuk Zainal Abidin menyatakan perihal tersebut di media sosial. Namun begitu, menerusi video yang dikongsikan TikTok hibglam.com.my, Datuk Zainal Abidin dilihat sedang menjamu selera dengan seorang wanita dipercayai Fyna.

Menerusi kapsyen yang disertakan, sumber mengatakan yang wanita terbabit dan Zainal sedang sama-sama menikmati hidangan di salah sebuah restoran di kawasan Damansara. Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya memandangkan wajah wanita berkenaan tidak dapat dilihat secara jelas kerana video diambil dari belakang. Untuk rekod, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 30 dikhabarkan telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Zainal Abidin sebagai isteri kedua.

Namun, ketika Fyna menyertai salah satu program rancangan televisyen, adik kepada selebriti terkenal Ayda Jebat itu memaklumkan hubungan dengan madunya telah membaik selepas insiden serangan di kedai makan. Akan tetapi, hal tersebut dinafikan oleh pihak isteri pertama Zainal Abidin apabila anak perempuannya menyangkal bahawa ibu dan Fyna sudah berdamai. Tidak berapa lama, berita Fyna dan suaminya telah bercerai telah menjadi perbualan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.