Seorang pelukis mengambil masa dua hari untuk menyiapkan lukisan potret Sultan Johor dan TMJ

 Seorang pelukis mengambil masa kira-kira dua hari untuk menyiapkan lukisan potret Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail. Zulkifli Dahlan, 56, berkata, idea untuk melakar gambar keluarga Diraja Johor itu timbul selepas dia berpeluang melukis mural di Laman Kembara Paloh di sini sebagai persiapan menyambut kedatangan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 kali ini.

Setiap kali KMJ diadakan, setiap kali itulah saya dan Rumah Seni Kluang ada ‘buah’ tangan untuk keluarga Tuanku Sultan Johor. Sebelum ini, saya pernah hadiahkan gambar mahkota kepada Sultan Ibrahim, hari ini saya berkesempatan menzahirkan rasa sayang dan kasih kepada keluarga Diraja Johor dengan menyerahkan potret Tunku Ismail kepada TMJ,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Laman Kembara Paloh merupakan lokasi kedua persinggahan jelajah KMJ 2023 yang diketuai Tunku Ismail menyantuni rakyat di daerah Kluang.

Zulkifli yang merupakan bapa kepada enam cahaya mata merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dan Rekaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan sudah berkecimpung selama lebih 30 tahun dalam dunia seni. Terdahulu, rombongan keluarga diraja Johor diketuai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Iskandar tiba kira-kira pukul 10.50 pagi.

Berangkat sama ialah  Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor, Tunku Abd Rahman; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar serta Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

KMJ 2023 yang memasuki edisi ke-23 kali ini, Tunku Ismail buat julung kalimua memimpin jelajah kembara merentasi 10 daerah dengan perjalanan sejauh 879 kilometer yang bermula 5 hingga 8 Ogos Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.