Staf tengah usaha untuk kumpul duit kahwin, terkejut bila Hafiz Mahamad hulur cek bernilai RM10k

Nama Hafiz Mahamad bukan lagi nama asing dalam dunia perniagaan. Dia sering kali tular dengan tindakannya yang suka membantu orang-orang sekeliling dari segi kewangan. Baru-baru ini, dia sekali lagi tular kerana tindakannya yang tampil membantu seorang kakitangannya dari segi wang ringgit sebanyak RM10,000 menerusi sebuah video di akaun instagram peribadinya. Difahamkan, pengasas AINAA Beauty itu bermurah hati untuk membantu kakitangan lelaki tersebut yang berniat untuk mendirikan rumah tangga. Klik sini untuk lihat video.

Dalam video tersebut, Hafiz berpesan kepada lelaki tersebut supaya menjaga bakal isterinya dengan baik sebelum menyerahkan cek bernilai RM10,000. Usahawan berumur 30 tahun sempat berseloroh berharap supaya kakitangannya tidak menggunakan duit tersebut untuk tujuan bermain pelaburan atas talian. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan komen positif dengan memuji tindakan Hafiz sehingga layak digelar sebagai majikan contoh. Malah, ada juga yang bertanyakan kekosongan jawatan di Ainaabeauty selain terdapat warganet yang menceritakan pengalaman mereka dalam usaha untuk mengumpul duit bagi tujuan perkahwinan.

Terdahulu, Hafiz Mahamad atau nama penuhnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Syafiqah Aina dengan menyewa sebuah pawagam dan pakej menunaikan haji. Lebih mengejutkan dia dikatakan telah memegang rekod sebanyak 55 kali tanpa gagal dalam membuat kejutan untuk hari lahir isterinya yang berusia 29 tahun itu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.