Ada yang cakap Puteri Sarah hantar bunga dan kek pada bekas suami, tak boleh berdiam ini respon dari tuan badan

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil menjelaskan mengenai hantaran palsu yang melibatkan dirinya dan bekas suami, Syamsul Yusof di Facebook. Tegas Puteri Sarah, 38, dakwaan yang mengatakan dia memberi sebiji kek dan sejambak bunga kepada Syamsul sebagai tanda minta maaf sama sekali tidak benar. Pelbagai kritikan yang dilemparkan warga Facebook di ruangan komen akaun tersebut. Jelas Puteri Sarah, pemberian itu untuk Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah. Jadi, ibu kepada dua cahaya mata memohon kerjasama warganet agar tidak menyebarkan gosip murahan.

“Dan warga Facebook pun mulalah komen kata sarah ni macam-macam. Eh hello, lambat lagi. Flowers and cakes tu untuk @patimah8057 dan @dyhaslam. Tolonglah jangan buat gosip murahan sebab warga Facebook ni aneh-aneh. Imbas kembali, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul telah bercerai pada 14 Jun lalu dengan talak satu. Hasil perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.