Datuk Sheila Majid, maklumkan ini bukan masa bersaing dengan penyanyi generasi baharu demi mengejar populariti

Selepas hampir 40 tahun bergelar penyanyi, kini bukan masa untuk Datuk Sheila Majid, 58, bersaing dengan penyanyi generasi baharu demi mengejar populariti. Sheila berkata, ketika ini dia hanya mahu menikmati bidang nyanyian yang sudah sekian lama diceburinya itu.

Sheila juga bersyukur kerana diberikan peluang meneruskan kerjaya nyanyian dan masih diterima penggemar muzik tanah air termasuk dalam kalangan anak muda masa kini. Sebenarnya di usia sekarang, saya bersyukur masih diberikan rezeki untuk menyanyi iaitu suatu perkara yang disukai. Saya tidak perlu bersaing dengan penyanyi muda. Di usia ini, kegembiraan adalah disebabkan orang masih mahu saya menyanyi.

Sekarang asalkan ada orang nak dengar saya nyanyi serta menonton persembahan penyanyi bernama Sheila Majid, itu perkara paling menggembirakan saya. Selebihnya saya hanya mahu menjalani kehidupan dengan lebih tenang. Mengejar glamor itu beri kepada anak-anak muda yang sedang membina nama dalam industri hiburan. Kita biarkan mereka merasai perkara sama seperti yang sudah dilalui pada usia kita masih muda dulu,” katanya selepas Konsert Sheila Majid Big Band Live In Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Dihadiri kira-kira 2,500 penonton, Sheila menghiburkan penggemarnya dengan mempersembahkan lebih 20 lagu.

Konsert yang berlangsung hampir tiga jam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu menyaksikan Sheila mendendangkan beberapa lagu popularnya seperti Memori, Pengemis Muda, Legenda, Ku Mohon dan Sinaran.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni serta Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta isteri, Datin Seri Julia Salag. Ditanya mengenai konsertnya itu, Sheila berkata, dia terharu walaupun sudah beberapa tahun tidak tampil membuat persembahan di Sabah, tetapi sambutan peminat di sana sangat luar biasa sehingga semua tiket konsert habis dijual.

Menurut Sheila, semua peminat yang hadir menyatakan keterujaan dan gembira dapat menyaksikan nyanyiannya secara langsung dan lebih dekat. Semua tiket habis terjual dan pastinya tiada yang menggembirakan selain segala kerja keras kami berbaloi. Perkara paling penting bagi seorang penghibur adalah semua penonton yang datang menonton persembahan kita pulang dengan rasa puas hati kerana mereka membayar untuk itu.

Besar macam mana pun atau semahal apa pun persiapan kita, tidak seronok buat seorang penghibur apabila penonton balik dengan perasaan tidak gembira selepas menonton persembahan dijayakan. Bagaimanapun, muzik saya berjaya menyatakan semua malam ini. Bukan sahaja peminat Sabah, tetapi ada yang sanggup datang dari Sarawak dan Brunei semata-mata hendak melihat Sheila Majid dan Big Band,” katanya bakal membawa konsert sama ke Singapura pada Oktober depan.

Dalam pada itu, tirai Konsert Sheila Majid Big Band Live In Kota Kinabalu dibuka sekitar jam 8.30 malam di mana Ratu Jazz itu muncul dengan persalinan hitam putih rekaan pereka fesyen Michael Ong. Ada-ada Saja, Embun, Memori, Pengemis Muda, Jelingan Manja dan Di Dalam Emosi ini menjadi lagu pengenalan sebelum Sheila mendendangkan lagu Gerimis Semalam, Kepergianmu dan Di Suatu Persimpangan secara medley.

Pentas konsert seterusnya menjadi gamat tatkala Sheila menyampaikan lagu Lagenda, Ku Mohon, Cinta Jangan Kau Pergi, Antara Anyir dan Jakarta, Aku Cinta Padamu, Dia dan Warna. Semua peminat teruja sehingga berdiri dan menyanyi bersama hingga bait terakhir lagu. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.