Warganet teruja tengok Sarimah Ibrahim tanpa makeup tetap cantik

Sebut sahaja nama Che Puan Sarimah Ibrahim, pasti ramai yang terbayang seorang pelakon yang jelita, menawan dan berbakat. Sarimah Ibrahim bukan sahaja pandai berlakon, dia juga merupakan seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Kini Kau Tiasa’ suatu ketika dahulu.

Selain itu, walaupun kini Sarimah Ibrahim telah memasuki usia 40-an, namun kecantikkannya semakin terserlah dan ramai yang terpesona melihatnya menjaga penampilannya sehingga ke hari ini. Baru-baru ini, di laman media sosial milik Sarimah Ibrahim, dia memuatnaik dua keping gambar yang meraih perhatian ramai. Gambar tersebut meraih jumlah tanda suka sebanyak 2 ribu.

Di dalam gambar tersebut, memaparkan Sarimah Ibrahim memaparkan wajahnya tanpa sebarang alat solek namun masih kekal menawan dan cantik.

Rata-rata warganet teruja apabila melihat gambar Sarimah Ibrahim tanpa sebarang alat solek itu. Kata mereka Sarimah Ibrahim sememangnya cantik luar dan dalam tidak kiralah sama ada memakai alat solek ataupun tidak.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.