Menolak dari ambil penumpang sejak pukul 2 petang, rupanya salah seorang yang terlibat dengan kejadian pesawat terhempas tu merupakan pemandu grab

Salah seorang yang terlibat dalam kejadian pesawat terhempas di Lebuhraya Guthie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam semalam merupakan seorang pemandu e-hailing. Menurut laporan Majoriti, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain percaya bahawa pemandu tersebut dalam keadaan berseorangan dan telah menolak dari mengambil penumpang sejak pukul 2 petang, berdasarkan semakan ke atas syarikat e-hailing. “Pemandu tersebut telah reject penumpang sejak pukul 2, kita dah check dengan Grab, dia memang reject penumpang,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, mngsa pemandu e-hailing tersebut dikenali sebagai Sharipuddin Shaari, 53 tahun. Setakat ini, pihak polis mengesyaki hanya satu sahaja mngs di dalam kenderaan e-hailing tersebut namun proses pengenalan identiti dan ujian DNA masih diteruskan. Menerusi sidang akhbar di lokasi, Razarudin berkata, operasi mencari cebisan myt dan pembersihan bangkai pesawat di tempat kejadian telah selesai 95%. Semua cebisan yang ditemukan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bdh siasat dan seramai 22 waris hadir untuk diambil sampel DNA untuk dipadankan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.