Tiga tahun menghilang, tak sangka rupanya Nonny Nadirah cari ilmu agama

Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah berkongsi tentang perkembangan terbaharunya setelah lama mendiamkan diri dari dunia seni. Menerusi temu bual yang dimuat naik di laman YouTube, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin berkata ketika dilanda kontroversi dahulu dia sedang berdepan dengan masalah. Aktres itu turut menjelaskan bahawa dia mendalami ilmu agama sepanjang tiga tahun hilang dari industri hiburan. “Ketika itu saya ada masalah dan bukanlah kerana rezeki saya kembali berubah. Klik sini untuk lihat video.

Selama tiga tahun saya menghilang, saya tak pergi ke mana pun. Alhamdulillah saya okay dan lebih banyak dengan keluarga. Saya lebih banyak menyendiri dan mencari ilmu.” Dalam pada itu, Nonny juga mendedahkan bahawa sebelum ini dia tidak memiliki pengetahuan agama yang luas dan datang daripada latar belakang keluarga yang berbeza. “Apa sebab kita dicipta di dalam dunia ini? Dulu Nonny tak tahu..banyak kali Nonny bertanya Allah itu siapa. Pertanyaan itu adalah kerana saya tak ada asas agama yang betul. Itu menyebabkan saya keluar dengan soalan-soalan yang pelik.

“Sebab itu Nonny cuba cari orang sekeliling yang terbaik kerana saya bukan datang daripada latar belakang yang baik. Saya daripada keluarga yang bercerai-berai..hidup berasingan dengan keluarga. Saya dulu pernah kerja dekat ‘club’. Tiba-tiba dapat rezeki masuk industri seni tanpa ada panduan yang betul. Apa yang saya rasa saya nak buat saya buat.” Bekas peserta Akademi Fantasa ini juga mengucapkan rasa syukur apabila dia didampingi dengan keluarga dan sahabat yang membantu membimbing dirinya selain memperbanyakkan ibadah solat.

“Sahabat-sahabat saya Mila, Heliza..banyak ajar doa, ajar tentang mencari diri saya. Yang selebihnya saya belajar daripada diri sendiri dan ibu saya.” Dalam pada itu, Nonny juga menitipkan nasihat untuk mereka yang menghadapi masalah yang sama supaya lebih mengutamakan Allah dalam kehidupan. “Kasih sayang yang Allah curahkan sangat besar, kalau Dia tak ada saya tak tahu apa yang akan jadi pada saya. Kekuatan yang saya dapat untuk saya hadap hari-hari saya adalah dengan al-Quran.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.