Tergamam bila tengok Pakcik bangsa cina berumur 71 tahun lancar baca Surah Yasin

Tergamam dan kagum, itu adalah reaksi warganet apabila seorang pakcik berumur 71 tahun yang berbangsa Cina ini boleh membaca Surah Yasin dengan begitu lancar. Ia tular sejak semalam menerusi satu rakaman video yang berdurasi 1 minit 32 saat di TikTok dan mendapat tumpuan ramai. Selain lancar membaca Surah Yasin, dilihat lelaki yang dikatakan seorang pemandu e-hailing ini juga ada membaca beberapa jenis doa bersertakan dua kalimah syahadah. Klik sini untuk lihat video.

Jelas pakcik tersebut, dia membaca Yasin hanyalah sekadar ilmu pengetahuan. Menurut sumber, punca penumpang ini mendapat tahu kelancaran pakcik 71 tahun ini membaca Surah Yasin di saat dia menggunakan khidmat e-hailing dari Batu Belah ke Bukit Tinggi. Ketika mendapat tahu umur pakcik ini, ia membuatkan penumpang tersebut merasa kagum dengannya kerana masih mempunyai ingatan yang kuat. Bila ditanya rahsianya, pemandu tersebut menjawab yang dia membaca 17 ayat pertama Surah Yasin, siap baca dua kalimah syahadah sekali.

Jelasnya lagi, kelancarannya adalah hasil pergaulan dengan rakan-rakan Melayu sewaktu bekerja dahulu. Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet kagum melihat pakcik ini sampaikan ada yang segan kerana tidak mampu membaca al-Quran selancar warga emas itu. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.