Ramai yang minta ulas pasal isu Abg Tesla, tak boleh berdiam ini pula respon Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memberi pandangan peribadi mengenai isu membabitkan seorang pempengaruh media sosial, Abang Tesla yang dikatakan membuat konten menggunakan perasaan isteri pertama disaat mahu berkahwin lagi. Menerusi hantaran dikongsikan di platform Instagram miliknya, Puteri Sarah menasihati golongan wanita untuk menjaga maruah diri dan tidak menjadi ‘bodoh’ lebih-lebih perasaan mereka telah disakiti oleh lelaki yang dipercayai selama ini. Puteri Sarah berkata, seseorang wanita itu mempunyai hak untuk ‘angkat kaki’ sekiranya mereka tidak suka diperlakukan sebegitu kerana nilai maruah mereka adalah tinggi.

“Hangat pula isu ‘tesla’ ni. Ermmmm… tak suka, angkat kaki, goodbye. Wanita, jangan jadi bodoh nak tunggu. Kita ada maruah. Tak payah nak berlumba macam ikan lumba-lumba pula,”ujarnya. Katanya lagi, golongan wanita pada masa kini seharusnya hidup berdikari tanpa mengharapkan mana-mana tempat untuk berpaut selain menjadi seorang yang bijak dan penuh bermaruah. Apa yang paling penting, aktres berusia 38 tahun itu berharap agar golongan wanita di luar sana agar lebih mengetahui akan nilai maruah dan menyayangi diri sendiri berbanding orang lain.

“Kerja keras, cari duit sendiri, berdikari dan menggembara mengelilingi dunia! Jadi wanita yang bijak dan bermaruah. You do you. Jangan bergantung pada seseorang. You have your own say. Tahu nilai diri sendiri,”tulisnya. Selain Puteri Sarah, isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis menyatakan pandangan peribadinya dengan mengatakan wanita juga mempunyai hak untuk membuat keputusan dalam hidupnya sekiranya tidak rela dimadukan oleh suami.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.