Tular Bapa hias kereta Mercedes tema Barbie demi memenuhi impian anak

Demi memenuhi impian anaknya untuk menyambut hari lahir bertemakan Barbie, seorang bapa sanggup menghiaskan sebuah kereta mewah jenis Mercedes Brabus 700 miliknya.

Menerusi perkongsian di media sosial Wani Elena. dia berkata, suaminya tekad untuk memberikan pengalaman Barbie dalam kehidupan sebenar buat anak mereka, Inara Elena yang berusia empat tahun. Selamat hari lahir ‘gadis Barbie’ kami,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Selain menukar warna kereta daripada hitam kepada merah jambu, kenderaan tersebut turut dihiasi dengan pelekat Barbie. Dalam pada itu, ruang bonet kereta itu juga dipenuhi dengan set permainan anak patung terkenal berkenaan.

Setakat ini video tersebut yang tular di media sosial meraih sebanyak 587,400 tontonan dengan 59,800 tanda suka dan 5951 perkongsian. Tinjauan Kosmo! mendapati ruangan komen video berkenaan dihujani kata-kata positif yang memuji usaha keras pasangan terbabit dalam memberikan layanan istimewa pada hari lahir anak mereka.

Murah rezeki suami awak bahagiakan isteri dan anak-anak selalu. Suka betul dengan pasangan ini,” tulis Tiya. Saya suka tengok, ini buatkan saya terinspirasi untuk bekerja keras dan dapat capai kehidupan seperti yang saya idamkan,” komen Psych.Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.