Tak kering gusi bila tengok Anju dalam Sepahtu Reunion, sekali ramai yang minta produksi untuk jemput Anju lagi

Kemunculan pelakon, Zarina Anjoulie dalam program popular iaitu Sepahtu Reunion Live 2023 baru-baru ini mendapat respon positif warganet. Memegang watak sebagai Juliana, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju ini berjaya membuatkan geng Sepahtu huru hara dengan gelagatnya. Tidak cukup dengan itu, warganet yang menonton program berkenaan juga tidak kering gusi melihat ragam lucu Anju membawakan karakter isteri derhaka dengan gaya tersendiri. Antara babak yang membuatkan ramai ketawa adalah ketika Anju pada mulanya insaf dengan perbuatannya namun tiba-tiba menjerit seolah-olah dirasuk. Klik sini untuk lihat video.

Jep kemudiaannya terus membuat gaya membaca ayat rukyah secara spontan sehingga mengundang tawa penonton yang berada di auditorium. Malah di media sosial juga, warganet memohon agar pihak produksi mengundang kembali Anju kerana terhibur dengan aksi lucunya. Antara komen yang diterima adalah: “Yeee asal weh semua huru hara, sampai Jep jep tak tahu nak buat apa kat atas pentas,” @Z•Ezz. “Time ni aku gelak terguling-guling nak pecah perut hahaha,” @Nf@zLynn. “Kelakar habis! Gelak memanjang satu keluarga, tolongla jemput Anju lagi, lawak gila!” @nana23

Sumber; Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.