Anak sulung dah sihat, kali ni dua lagi anak Datuk Aliff Syukri dikejarkan ke hospital gara gara Influenza A

Advertisements
Advertisements

Selepas Ammar Hayan, dua lagi anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Baem dan Raudah dikerjarkan ke hospital selepas dijangkiti Influenza A. Menerusi satu hantaran di Instagram, Aliff mengakui berat hati untuk meninggalkan anak-anaknya yang sedang dirawat di hospital, namun terpaksa meneruskan komitmen kerja yang telah dijadualkan.

“Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya papa. Mula-mula Ammar masuk hospital, lepas itu Baem dan Raudah gara-gara Influenza A. Papa kena teruskan juga komitmen kerja di Johor Bahru. Sepatutnya mama yang pergi. Sampai juga papa dekat Johor. Alhamdulillah, sambutan yang memang bagus. Terima kasih banyak-banyak. Lepas acara papa menyanyi, papa terus berangkat balik ke Kuala Lumpur,” katanya.

Tambah Aliff, bukan mudah untuknya menguruskan komitmen kerja dalam keadaan anaknya sedang menerima rawatan di hospital.”Bukan satu perkara yang mudah sebab esok pagi papa ada acara untuk buat siaran langsung di TikTok. Ya Allah, Tuhan saja tahu macam mana,” tambahnya. Terdahulu, isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahidah memaklumkan anak mereka, Ammar Ahyan disahkan dijangkiti influenza selepas mengalami beberapa gejala.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shahidah segera membawa anak sulungnya itu untuk mendapatkan rawatan selepas mengadu mengalami sakit kepala, sukar bernafas dan sakit sendi, selain suhu badannya turut meningkat.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *