Kongsikan beberapa gambar dengan keluarga, Fauziah Sarman akui kini kehidupan lebih tenang dan dah move on

Bekas isteri kepada penyanyi berpengalaman ND Lala iaitu Fauziah Sarman meraih perhatian warganet selepas memuat naik hantaran terbaharu menerusi Instagram (IG). Menerusi hantaran yang dimuat naiknya itu, Fauziah berkongsi beberapa gambar dirinya bersama keluarga melambangkan kehidupannya kini lebih ceria selepas berpisah dengan bekas suaminya itu. Menurut ibu kepada empat orang anak itu, selepas kemelut yang berpanjangan dia kini memahami bahawa kehidupan ini merupakan susunan takdir tentang pergi dan hadirnya seseorang.

“Akhirnya kita akan memahami bahawa hidup ialah susunan takdir tentang pergi dan hadirnya seseorang. Akhirnya kita akan menyedari perginya dia ialah penanda kepada bermulanya jalan baru hidup kita. Akhirnya kita akan tumbuh dengan pelbagai cara, tanpa penyesalan, tanpa beban ingatan tentangnya, tanpa harapan untuk dia kembali.” Tambah Fauziah lagi, dia sudah ‘move on’ sepenuhnya dari kejadian yang berlaku dan mengakui kehidupannya lebih tenang tanpa bekas suaminya di sisi.

“Akhirnya dia pergi, dan kita ternyata lebih baik tanpanya.” Terdahulu, Fauziah mendakwa bekas suaminya mengabaikan nafkah isteri serta keluarga dengan cara tidak bekerja dan menggunakan wang hasil titik peluh anak mereka yang juga merupakan penyanyi, Shila Amzah. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.