Ada pihak yang keluarkan kenyataan tak betul pasal perpisahan Engku Emran, Erra Fazira akui masih hormat privasi ayah Aleesya

PELAKONĀ Erra Fazira menjelaskan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai sikap sebenar bekas suaminya iaitu Engku Emran susulan perpisahannya dengan Noor Nabila pada Isnin. Erra atau Fazira Wan Chik, 49, sebaliknya berkata, apa diperkatakan adalah ftnh dan menghormati privasi Emran sebagai bapa kepada anak mereka iaitu Engku Elysa. “Jangan macam ini… Nak sensasi pun, jangan buat fitnah. Saya tidak pernah memberi sebarang komen sebegini!

“Saya hormati privasi ayah kepada anak saya dan pasangan,” katanya. Erra meluahkan perkara itu menerusi Instastory miliknya pada malam Isnin. Pelakon filem Sembilu itu turut berkongsi paparan skrin hantaran dipercayai di Facebook yang mendakwa Erra kononnya mendedahkan punca sebenar penceraian yang berlaku di antara Emran dan Noor Nabila. Dalam pada itu, Erra turut meminta orang ramai tidak mempersendakan perjalanan hidup seseorang yang tidak sama mempunyai nasib berbeza. “Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bila mana kita sendiri tidak tahu nasib dan perjalanan kita kelak,” katanya.

Pada Isnin, Emran atau Engku Emran Engku Zainal Abidin, 48, melafazkan talak satu terhadap Noor Nabila di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pasangan itu akhirnya berpisah selepas Noor Nabila atau Noor Nabila Mohd Noor, 39, mendedahkan mereka bakal bercerai selepas mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak Januari lalu. Untuk rekod, Noor Nabila dan Emran bernikah pada 19 Mac 2021 dan ia merupakan perkahwinan ketiga buat Nabila selepas berpisah dengan Sharnaaz pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan dengan Sharnaaz, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun. Sementara itu, Emran pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 namun berpisah selepas tujuh tahun melayari alam rumah tangga. Emran dan Erra dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Engku Aleesya Engku Emran yang kini berusia 14 tahun. Usahawan itu kemudiannya berkahwin dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 namun perkahwinan itu juga berakhir dengan penceraian pada 2020.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.