Ada yang cakap gelaran Datuk pada suami tu palsu, ini pula respon selamba dari Intan Najuwa

Pelakon Intan Najuwa enggan ambil pusing berhubung dakwaan daripada sesetengah individu yang mendakwa pangkat ‘Datuk’ pada suaminya Datuk Ahmad Asraf Azman adalah palsu. Menerusi temu bual bersama Melodi, aktres berusia 26 tahun itu enggan mempertikaikan isu berkenaan kerana gelaran ‘Datuk’ tidak membawa apa-apa bagi dirinya. “Saya tak pernah nak pertikaikan benda itu. Itu hanyalah gelaran. Suami saya pun tahu saya tak kisah pasal perkara itu. Orang nak cakap apa, cakap sahaja tapi kita tahu dan kita diam-diam sahaja.

Saya tak ada nak buktikan apa-apa dekat sini, tak ada nak pertikaikan apa-apa. Siapa yang tahu, tahu. Siapa tak tahu, tak tahu,” katanya. Intan berkata, dia menjalani kehidupan seperti orang biasa bersama suaminya yang juga ahli perniagaan selain memerlukan doa baik-baik daripada orang ramai buat rumah tangga mereka. Pada masa sama, pelakon drama Pemburu Rahsia itu mengambil keputusan untuk mengunci mulut kerana tidak mahu memperbesarkan perkara remeh.

“Saya sebenarnya tak nak jawab, tak nak keruhkan keadaan. Kalau kita jawab, benda tu jadi isu besar. Saya lebih memilih untuk berdiam. Ada jugak komen keterlaluan, tapi saya cuma anggap mungkin individu itu tengah menjalani hari buruk. Saya husnuzon sahajalah, ” ujarnya. Sekadar info, Intan sah menjadi isteri kepada Asraf dengan sekali lafaz pada 18 Ogos lalu di sebuah hotel mewah One&Only di Desaru, Johor.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.