Beri bayangan macam ibu bapa tiri Mondy sedang dipergunakan, terkini Caprice muat naik video Mondy buat penjelasan pada mereka

Nampaknya isu mengenai Mondy, Ustaz Ebit Lew dan Caprice semakin rancak, terbaru, seorang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Derry Sulaiman juga ada masuk campur untuk mempertahankan Ustaz Ebit Lew. Dalam satu video tular di TikTok memaparkan Ustaz Derry Sulaiman sedang mengadakan sesi live bersama seorang lelaki tua yang dikatakan bapa kepada Mondy. Dalam video tersebut, lelaki yang didakwa bapa tiri Mondy membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ustaz Ebit Lew kerana masalah yang tercetus akibat perbuatan anaknya. Sebagai orang tua, mereka hanya mampu mendoakan yang terbaik.

Dalam pada itu, Ustaz Derry ada kongsikan tangkap layar mesej WhatsApp mengenai pengakuan Mondy yang mengatakan podcast bersama Caprice adalah satu penipuan. Jelasnya, itu adalah perbualan antara Mondy dengan Bang Zed, Ketua Punk Hidayah di sana dan dia memang sudah berinteraksi sendiri dengan Mondy rentetan dengan isu ini. Selain itu, bapa Mondy juga beranggapan bahawa mungkin anaknya kini sedang menerima tekanan daripada pihak tertentu. Bahkan, lelaki tua tersebut mendakwa bahawa Caprice tidak minta izin dahulu kepada mereka untuk bawa anaknya ke Malaysia.

Malah, Ustaz Derry pula ada mengatakan bahawa Mondy juga ada hubunginya untuk minta tolong pulang ke Indonesia namun begitu dia dihalang pergi. Selepas video itu tular di TikTok, Caprice pula ada muat naik video menunjukkan Mondy seperti sedang berbicara dengan ibu bapa tirinya. Menerusi Instagram, Caprice memberi bayangan seakan-akan ibu bapa tiri Mondy telah dipergunakan dengan ‘bukti chat’ yang Caprice dakwa adalah palsu. Klik sini untuk lihat video.

“Fitnah yang sangat jahat. waktu Ustaz Derry punye live, Mondy berada di IPK Selangor lebih dari 6 jam untuk bagi statement / soal siasat. Yang paling pelik, laporan polis yang Mondy buat minggu lepas SEBELUM podcast pun belum keluar di media lagi tapi sudah di fitnah, terima ugutan, caci, dan maki.” Jelas Caprice, video tersebut dirakam selepas mereka disoal siasat di IPK Selangor menggunakan telefon isterinya dan dia gunakannya untuk hubungi orang tua selepas TikTok live Derry viral.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.