Minta Abby Abadi sentiasa tegur anak, sekali ini respon dari tuan badan

Pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan tampil menyelar kenyataan dikeluarkan seorang individu menerusi Instagram (IG) storynya. Menerusi hantaran tersebut, seorang pengikut kepada Abby Abadi menasihatkannya untuk menjadi seorang ibu yang baik dan sentiasa menegur anak-anaknya yang membuat kesilapan. “Moga dapat menjadi ibu yang baik, menegur ketika anak-anak ketika berbuat salah.” Tidak berdiam diri, ibu kepada tiga orang anak itu tampil menjawab ‘nasihat’ yang diberikan tersebut dengan mengatakan bahawa sebagai seorang ibu, dia telah mendidik anak-anaknya dengan baik.

“Maksudnya? Saya nampak jenis yang tak menegur anak-anak saya ke? Saya tegur, saya nasihat dan saya didik. Dari kecil anak-anak semua dengan saya sampai keluar air liur putih dah cakap semua benda. Takkan semua nak kena share?” Sementara itu, Abby juga menegaskan bahawa setiap yang bergelar manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan dan menasihati pengikutnya itu semula agar tidak menegur secara berlebihan. Terdahulu, keluarga Abby dan Norman menerima pelbagai kritikan daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka, Marissa Dania yang didakwa menjadi punca kepada keretakan rumah tangga seorang wanita.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga mendakwa dia mempunyai bukti salinan resit bekas suaminya bersama Marissa ‘check-in’ di sebuah hotel.Untuk info, Norman dan Abby mendirikan rumah tangga pada 2002 dan disahkan berpisah pada 2009. Selain Marissa, mereka turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim dan Maria Danisha Hakim. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.