Romantik betul bila Farid Kamil buat kejutan hantar bunga pada Diana, tak sangka ini pula respon Neelofa

PENGACARA dan usahawan Noor Neelofa berkongsi rakaman video memperlihatkan pelakon Diana Danielle menerima sejambak bunga daripada suaminya iaitu Farid Kamil sewaktu menjalani penggambaran fotografi jenama Naelofar. Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, turut merakamkan momen Diana tersenyum sambil mencium bunga yang diterimanya itu. Malah, Neelofa sempat berseloroh meminta suaminya iaitu Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail untuk memberikannya sejambak bunga berwarna biru.

“Daripada siapa tu? Farid Kamil hadiahkan bunga sewaktu Diana berada di set penggambaran Naelofar. “Sayang, Haris (suami) nak bunga please… warna biru ok?” katanya. Neelofa berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya. Malah, pelakon filem Imaginur itu turut memuat naik semula hantaran yang dibuat oleh Neelofa itu dan ‘mention’ Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 42. Diana turut meletakkan emoji ‘cair’ dan mini love kepada suaminya itu.

Sebelum ini, menerusi temu bual, Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, memberitahu keputusannya untuk kembali bersama Farid dibuat kerana enggan melihat anak-anak hilang rasa kasih sayang seorang bapa. Menurut Diana, dia dibesarkan tanpa merasai rasa kasih seorang bapa, justeru itu tidak mahu anaknya iaitu Muhammad dan Aurora turut melalui kehidupan sama. Untuk rekod, Farid mendirikan rumah tangga dengan Diana pada 3 November 2012 dan memiliki dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Bagaimanapun, pada 10 Ogos lalu, pasangan selebriti ini sah berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.