Serahkan soal jodoh Puteri Sarah pada ketentuan takdir, Yusof Haslam dan isteri akui tak nak masuk campur

Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam mengambil pendekatan untuk tidak campur tangan dalam urusan peribadi bekas menantunya, Puteri Sarah. Memetik laporan Harian Metro, penerbit berusia 69 tahun dan isteri, Datin Patimah Ismail menyerahkan soal jodoh bekas menantunya kepada ketentuan takdir. Dalam pada itu, mereka juga sentiasa mendoakan kebahagiaan Puteri Sarah dan anak-anak. “Saya tidak mahu komen hal ini, cuma harap Puteri Sarah menjaga batas dalam berkawan dengan mana-mana lelaki dikenalinya.

“Saya dan isteri, Datin Patimah Ismail akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Puteri Sarah dan anak-anaknya. Soal jodoh biarlah takdir yang tentukan.” Terdahulu, Puteri Sarah menjelaskan foto tangan seorang lelaki yang dimuat naiknya di Instagram Story adalah milik rakan perniagaannya iaitu Andi Arsyil yang menetap di Jakarta, Indonesia. Selepas itu, mereka berdua sekali lagi jadi perhatian warganet kerana dilihat mesra sewaktu sesi ‘live’ di media sosial baru-baru ini.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah selepas kemelut rumah tangga berpanjangan pada 14 Jun yang lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.